Selasa, 3 Jun 2014

PERINGKAT KEDUA


KOLEKSI RESEPI MUDAH ( GORENGAN )


AYAM GORENG BEREMPAH DRAGON CHEF

Bahan satu

10 ketul paha ayam/sayap ayam dan bersihkan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh kari daging
Sebiji telur ayam yang telah dipukul kembang
Garam secukup rasa

Bahan dua
1 sudu makan biji ketumba
4 biji pelaga
5 biji cengkih
10 biji lada hitam

Cara-cara membuatnya
1.  Campurkan semua bahan satu dan gaulkan sehingga rata.
2.  Campurkan semua bahan dua dan bakarkan bahan dua tadi di dalam oven 3 hingga 5 minit.
     Selepas itu tumbuk dengan batu lesung hingga hancur dan lumat. Guna blander lagi cepat.
3.  Selepas itu campurkan semua bahan dua tadi bersama dengan bahan satu dan gaulkan sehingga 
     rata.
4.  Panaskan kuali dahulu sehingga cukup panas.Selepas itu masukkan minyak kedalam kuali yang
     panas dan biarkan sehingga kelihatan buih halus dalam minyak tersebut.
5.  Kemudian masukkan ketulan paha/sayap ayam yang telah di campur tadi dan goreng seperi biasa.
6.  Tutup kuali dengan tudung kuali selama supaya ketulan ayam tadi masak dengan rata. Balikkan 
     ketulan tadi dan goreng seperti biasa. 
7. Jika terdapat perubahan warna coklat pada ketulan ayam dalam kuali tadi, ini menunjukkan ianya 
    sudah masak.
8. Jangan terlampau masak dikhuatiri jus ayam akan hilang dan ayam akan keras.
9. Setelah itu...hidangkan....Selamat mencuba...


Hasil karya : Dragon Chef Asian



CUCUR DRAGON CHEF

Bahan Satu

3 gelas mug tepung gandum
1 biji telur ayam
1 bungkus Eno
4 tangkai daun sup dicincang halus jika ada
Air sejuk secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan Dua
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
20 ikan bilis kering
5 biji cili kering dibuang bijinya.

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan satu dan gaulkan sehingga sebati
2. Blander semua bahan dua sehingga lumat.
3. Campurkan semua bahan satu dan bahan dua dan gaulkan sehingga rata
4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga adunan kelihatan likat ( tidak cair/tidak keras)
5. Panaskan minyak dlm kuali sehingga cukup panas dan masukkan 5 sudu makan minyak masak 
    panas ke dalam adunan tadi dan gaulkan sehingga rata
6. Jika minyak dalam kuali sudah panas, masukkan adunan tadi satu sudu makan satu demi satu 
    dalam bentuk sebesar bola ping- pong ( macam jemput-jemput )
7. Masak sehingga kelihatan kekuningan. Lepas tu angkat dan hidangkan...
8. Selamat mencuba

Hasil Karya ; Dragon Chef


Tiada ulasan:

Catat Ulasan